Saturday, February 5, 2011
Wednesday, December 29, 2010
Tuesday, December 28, 2010
36 Penyakit Kritikal
Di bawah sini saya senaraikan antara 36 penyakit-penyakit yang dianggap kritikal oleh Prudential yang membolehkan pemegang sijil mendapat manfaat ‘Auto Saving’ ( Contributor Benefit atau Payor Benefit ) bagi pihak diri dan keluarga.
Penerangan yang sedikit teliti ini memerlukan pendapat pakar perubatan untuk sesetengah istilah-istilah perubatan.
1. Serangan Penyakit Jantung.
Kematian sebahagian otot jantung (miokardium) akibat kekurangan bekalan darah dan terbukti secara :-
i. mengalami kesakitan dada biasa yang berpanjangan; dan
ii. perubahan baru dalam bacaan elektrokardiografi akibat serangan ini; dan
iii. peningkatan tahap enzim kardiak ( CPK-MB ) yang melebihi tahap normal makmal.
Diagnosis berdasarkan peningkatan ujian Troponim T sahaja tidak boleh diterima sebagai diagnosis suatu serangan penyakit jantung. Angina juga dikecualikan secara khusus.
2. Penyakit Arteri Koronari Yang memerlukan Pembedahan.
Merujuk kepada pembedahan pintasan koronari arteri sebenar melalui cara pembedahan thorakotomi untuk membetulkan atau merawat penyakit koronari arteri tetapi tidak termasuk angioplasty, lain-lain intra-arteri, prosedur lelubang kunci (keyhole) atau laser.
3. Strok.
Ditakrifkan sebagai suatu kejadian atau kemalangan serebrovaskular yang menghasilkan sekueleneulogi bersifat kekal, berlanjutan selama tidak kurang dari enam (6) bulan. Takrif ini juga meliputi keadaan seperti Inflaksi tisu otak, pendarahan dan embolisasi dari luaran rangka tengkorak. Diagnosis mesti berdasarkan perubahan nyata yang dilihat dalam imbasan CT atau MRI dan disahkan oleh pakar neurology.
Dikecualikan secara khusus adalah symptom cerebral akibat serangan iskemik perantara, sebarang kepincangan iskemik neurological boleh sembuh, iskemik vertebrobasilar, symptom cerebral akibat migraine, kecederaan cerebral hasil dari trauma atau penyakit hypoxia dan vascular yang memberi kesan pada mata atau saraf optic atau fungsivestibule.
4. Kanser.
Kanser ditakrifkan sebagai ketumbuhan tidak terkawal dan perebakan sel-sel malignan serta penyerangan dan pemusnahan tisu-tisu normal menyebabkan rawatan atau pembedahan (kecuali prosedur endoskopi sahaja) dianggap perlu. Kanser ini mesti disahkan melalui pembuktian histology malignan.
Keadaan-keadaan berikut adalah terkecuali :-
i. Karsinoma in situ termasuk karsinoma serviks;
ii. Karsinoma duktus payu dara in situ;
iii. Karsinoma papilari pepundi dan Kanser Prostat Tahap 1;
iv. Semua kanser kulit kecuali melanoma malignan;
v. Penyakit Hodgkin Tahap 1;
vi. Tumor terjelma sebagai komplikasi Sindrom Kurang Daya Tahan Penyakit (AIDS).
5. Kegagalan Ginjal ( Buah Pinggang )
Kegagalan ginjal di peringkat akhir iaitu apabila kedua-dua ginjal gagal berfungsi dan dianggap kronik serta tidak dapat dipulihkan semula dan mengakibatkan rawatan dialysis ginjal berkala perlu dimulakan atau menjalani pemindahan ginjal.
6. Penyakit Kelumpuhan / Paraplegia.
Hilang keupayaan guna kedua-dua belah tangan atau kedua-dua belah kaki secara menyeluruh dan kekal, atau sebelah tangan dan sebelah kaki, melalui kelupuhan akibat penyakit atau kecederaan secara berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan dari tarikh trauma atau penyakit itu.
7. Pemindahan Organ Utama.
Telah menjalani pembedahan pemindahan sebagai penerima organ manusia yang berikut :-
i. Buah Pinggang
ii. Paru-paru
iii. Hati
iv. Jantung
v. Sum-sum tulang
8. Sklerosis Pelbagai / Berbilang.
Diagnosis yang jelas tanpa ragu oleh seorang pakar neurology untuk mengesahkan gabungan berikut yang telah berterusan selama sekurang-kurangnya enam (6) bulan :-
i. Symptom yang boleh dirujuk kepada saluran (jasad putih) yang melibatkan saraf optic, pangkal otak dan saraf tunjang yang menghasilkan kepincangan neurology yang ketara; dan
ii. Kepelbagaian atau keberasingan ketara lesion; dan
iii. Catatan sejarah yang didokumentasikan dengan rapi tentang keadaan symptom atau kekurangan neurology yang bertambah tenatatau semakin pulih.
9. Hepatitis Virus Fulminan.
Penyakit ini ditakrifkan sebagai nekrosis hati separa besar hingga kepada besar akibat serangan sebarang virus yang secara terjalnya mengarah kepada kegagalan hati.
Kriteria diagnostic yang perlu ada ialah :-
a. Penguncupan saiz hati yang cepat seperti yang dikesan melalui ultra bunyi abdomen; dan
b. Nekrosis melibatkan keseluruhan lobul, dengan hanya meninggalkan rangka reticulum yang musnah; dan
c. Penyakit kuning yang teruk. Jangkitan Hepatitis B atau status pembawa sahaja tidak memenuhi kriteria diagnostic.
10. Hypertensi Arteri Pulmonari Utama.
Bermaksud hipertensi pulmonary utama dengan pembesaran ventrikulkanan yang ketara yang disahkan hasil melalui siasatan termasuklah kardiak katerisan, mengakibatkan kepincangan fizikal kekal dan tidak boleh sembuh sehingga tahap sekurang-kurangnya Kelas 3 mengikut Klasifikasi New York Heart Association untuk kepincangan kardiak, dan menyebabkan Hayat dilindungi tidak boleh melakukan pekerjaan biasa.
11. Koma.
Keadaan tidak sedar diri, dengan tiada tindak balas terhadap rangsangan luar atau keperluan dalaman, berterusan selama tidak kurang daripada 96 jam, memerlukan system sokongan hidup dan mengakibatkan kemerosotan neurology sehingga melebihi 30 hari.
Pengesahan oleh seorang pakar neurology mestilah diperolehi. Koma yang diakibatkan secara langsung daripada kecederaan sengaja diri sendiri, penyalahgunaan dadah atau alkohol adalah terkecuali.
12. Buta.
Kehilangan daya penglihatan kedua-dua belah mata secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh dibaik pulih. Pengesahan bersijil oleh ahli oftalmologi diperlukan.
13. Penggantian Injap Jantung.
Telah menjalani pembedahan dada terbuka untuk mengganti atau membaiki injap kardiak akibat ketidaksempurnaan atau keadaan tidak normal yang terjadi pada injap jantung selepas tarikh kontrak berkuatkuasa atau selepas tarikh berkuatkuasa semula.
Pembaikan melalui pembedahan injap (valvotomi), prosedur infra-arteri, pembedahan lelubang kunci (key-hole) atau teknik-teknik seumpama adalah secara khususnya dikecualikan.
14. Pembedahan Aorta.
Telah menjalani pembedahan melalui thorakotomi atau laprotomi untuk membaiki atau membetulkan aneurisma aortic, suatu penghalang pada aorta atau koarktasi aorta. Untuk tujuan takrifan ini, aorta bermaksud aorta thorasik dan aorta abdomen tetapi tidak termasuk cabang-cabangnya.
15. Penyakit Alzheimer.
Kemerosotan atau kehilangan daya intelektual atau berkelakuan tidak normal yang terbukti dengan keadaan klinikal dan soal selidik piawai yang diperakui atau ujian daripada Penyakit Alzheimer / kepincangan kemerosotan organic dalam otak yang tidak boleh sembuh kecuali neurosis, penyakit psikiari, dan sebarang kepincangan organik berkaitan dadah atau alkohol, menyebabkan kemerosotan ketara pada fungsi mental dan social di mana hayat dilindungi perlu diawasi sepanjang masa.
Diagnosis mesti disahkan secara klinikal oleh seorang pakar perubatan yang berkaitan.
16. Hilang Pendengaran / Pekak.
Kehilangan upaya dengar pada kedua-dua telinga secara menyeluruh, kekal dan tidak boleh sembuh akibat penyakit atau kemalangan. Bukti perubatan dalam bentuk audiometric dan ujian ambang bunyi mesti dikemukakan.
17. Hilang Percakapan.
Hilang keupayaan untuk bertutur secara menyeluruh dan tidak boleh dibaik pulih secara berterusan untuk tempoh selama dua belas ( 12 )bulan. Bukti perubatan yang mengesahkan kecederaan atau penyakit saluran suara yang menyokong kehilangan keupayaan ini mesti disediakan oleh seorang pakar berkaitan (Telinga, Hidung, Tekak). Kesemua sebab-sebab berkaitan psikiatrik adalah terkecuali.
18. Kebakaran Parah.
Kecederaan terbakar darjah ketiga meliputi sekurang-kurangnya dua puluh peratus (20%) permukaan tubuh badan hayat dilindungi seperti diukur mengikut “Hukum 9” dalam carta Permukaan Badan Lund & Browder.
19. Penyakit Membawa Maut.
Hayat dilindungi mestilah menderita akibat keadaan penyakit, yang pada pendapat pakar perubatan yang berkaitan akan membawa kepada kematian dalam jangkamasa dua belas (12 ) bulan. Hayat dilindungi mesti tidak lagi menerima rawatan secara aktif selain daripada rawatan untuk melegakan kesakitan.
20. AIDS Disebabkan Pemindahan Darah.
Hayat dilindungi dijangkiti virus HIV atau AIDS dengan syarat :-
i. Jangkitan tersebut dari transfusi darah yang dilakukan di Malaysia atau Singapura selepas polisi berkuatkuasa;
ii. Hayat dilindungi tidak menghidapi haemophiliac; dan
iii. Hayat dilindungi bukan ahli kumpulan berisiko tinggi tetapi tidak terhad kepada homoseksual, penyalahgunaan dadah secara suntikan atau pelacur.
Notis pemberitahuan dan bukti kejadian mesti dikemukakan secara bertulis daripada pihak berwajib kesihatan yang mengesahkan bahawa jangkitan terjadi secara perubatan.
21. Penyakit Motor Neuron.
Penyakit motor neuron yang tidak diketahui etiologinya dicirikan oleh kemerosotan berterusan saluran kortikospinium dan sel tandukanterior atau neuron eferen bulbar. Ini termasuklah atrofi otot spina, palsi bulbar berterusan, sclerosis lateral amiotrofik dan sclerosislateral primer.
Diagnosis mestilah disahkan oleh seorang pakar perubatan neurology.
22. Penyakit Parkinson.
Diagonosis jelas dan tanpa ragu Penyakit Parkinson oleh seorang pakar neurology di mana pesakit berkeadaan :-
i. tidak boleh dikawal dengan pengunaan ubat; dan
ii. menunjukkan tanda kemungkinan kepincangan berlarutan. Aktiviti penilaian kehidupan harian mengesahkan kehilangupayaan hayat dilindungi untuk melakukan tanpa bantuan sekurang-kurangnya tiga (3) perkara berikut :-
i. Pengalihan. Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan. Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas .Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan. Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan kedalam tubuh badan. Hanya Penyakit Parkinson idiopathic yang dilindungi.
Penyakit Parkinson yang dirangsang dadah atau disebabkan oleh toksik adalah terkecuali.
23. Penyakit Hati Kronik.
Kegagalan hati peringkat akhir dengan kewujudan kesemua penyakitberikut :-
i. Penyakit kuning kekal;
ii. Askit;
iii. Ensefalopati;
iv. Hipotensi portal.Wernicke’s ansefalopi & amp; penyakit hati sekundar akibat penyalahgunaan dadah & alcohol adalah terkecuali.
24. Penyakit Paru-paru Kronik.
Kegagalan system pernafasn di peringkat akhir termasuk penyakit paru-paru interstitial kronik.Semua kriteria-kriteria berikut mesti dipenuhi :-
i. Memerlukan terapi oksigen kekal oleh sebab hasil ujian berterusan FEV1 bernilai kurang daripada satu liter. (Isi padu Penghembusan Nafas Paksaan semasa saat pertama bagi suatu penghembusan nafas paksaan)
ii. Analisis Gas Darah Arteri dengan tekanan oksigen separa kurang dari atau bersamaan 55mmHg.
iii. Disponea ketika berehat.
25. Anaemia Aplastik.
Kegagalan sum-sum tulang kronik yang berlarutan menyebabkan aplasia sum-sum tulang menyeluruh dan memerlukan rawatan sekurang-kurangnya satu daripada kaedah berikut :-
i. Transfusi produk darah secara berkala.
ii. Agen perangsang sum-sum.
iii. Agen imunosupresif.
iv. Pemindahan sum-sum tulang.
26. Distrofi Otot.
Diagnosis distrofi otot memerlukan pengesahan oleh seorang pakar nuerologi dengan gabungan 3 daripada 4 keadaan berikut :-
i. Sejarah keluarga di mana ahli-ahlinya menghidap penyakit ini
ii. Kewujudan klinikal termasuk ketiadaan deria gangguan, cecair spinaserebo biasa dan pengurangan refleks tendon yang sederhana
iii. Elektromiogram sifataniv. Kesangsian klinikal yang disahkan oleh biopsy otot.
Kanak-kanak di bawah umur 12 tahun terkecuali daripada takrifan ini.
27. Poliomielitis.
Diagnosis tanpa ragu oleh seorang pakar neurology tentang jangkitan virus polio yang menyebabkan penyakit lumpuh akibat fungsi motor yang terjejas atau daya pernafasan yang lemah sebagai tanda jangkitan. Kes-kes yang tidak melibatkan lumpuh tidak layak untuk manfaat ini. Lain-lain sebab lumpuh (seperti sindrom Guillain-Barre) adalah terkecuali.
28. Meningitis Bekteria.
Meningitis bacteria yang menyebabkan inflamasi membrane otak atau saraf tunjang yang mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh (30) hari dan kehilangan upaya melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya.
Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan. Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.
29. Tumor Otak Benigna.
Suatu tumor bukan kanser di dalam otak yang boleh mengancam nyawa, yang mengakibatkan timbulnya ciri-ciri peningkatan tekanan intrakaranium seperti papiloedema, symptom mental, tidak sedar diri dan kepincangan deria. Kehadiran tumor ini mesti disahkan oleh kajian imej gambar imabasan CT atau MRI.
Perkara-perkara berikut adalah dikecualikan :-
i. Sista;
ii. Granulomas;
iii. Malformasi dalam atau pada arteri atau vena otak;
iv. Haematomas;
v. Tumor dalam kelenjar pituitary atau spina;
vi. Tumor saraf akustik.
30. Eusefalitis.
Ditakrif sebagai inflamasi bahan otak yang teruk mengakibatkan kepincangan neurological kekal selama tempoh minima tiga puluh(30) hari dan disahkan oleh seorang pakar neurology. Kepincangan kekal ini mesti mengakibatkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya.
Bagi tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan kedalam tubuh badan.
Diagnosis hendaklah disahkan oleh pakar neurology.
31. AIDS Termanifestasi Sepenuhnya. ( Full Blown AIDS )
Manifestasi klinikal AIDS (Acquired Immuno-deficiency Virus) mesti disokong dengan keputusan positif ujian antibody HIV ( HumanImmuno-deficiency Virus) dan satu ujian pengesahan Western Blot.
Sebagai tambahan, hayat dilindungi juga mesti mempunyai kiraan sel CD4 yang kurang dari dua ratus (200) dan memenuhi satu atau lebih daripada criteria berikut :-
i. Kehilangan berat badan melebihi 10% daripada berat badan disepanjang tempoh kurang daripada enam (6) bulan (wastingsyndrome);
ii. Kaposi Sarcoma;
iii. Pneumocystic Carinii Pneumonia;
iv. Progressive multifocal leukoencephalopathy;
v. Tuberculosis Aktif;vi. Lymphocytes kurang daripada satu ribu (1000);
vii. Malignant Lymphoma.Dalam kes tuntutan kecuali untuk Contributor, Spouse Contributor dan Parent Contributor, 50% dari semua Manfaat yang berkenaan (sehingga jumlah maksimum sebanyak RM500 000 ke atas mana-mana hayat di bawah polisi ini dan semua polisi-polisi yang lain) yang kena dibayar berhubung dengan penyakit ini akan dibayar.
Baki jumlah akan dibayar apabila berlaku kematian, hilang upaya penuh dan kekal atau didiagnosis Penyakit Kritikal yang lain yang mana dahulu berlaku.
32. Lain-lain Penyakit Koronari Arteri Yang Serius.
Penyempitan lumen pada sekurang-kurangnya tiga arteri utama iaitu Sirkumfleks, Arteri Koronari Kanan (RCA), Arteri Menurun Anterior Kiri(LAD), ke tahap minimum 60% atau lebih yang dibuktikan oleh arteriographi kronari. Manfaat ini boleh dibayar tanpa mengira sama ada sebarang bentuk pembedahan koronari arteri telah dilakukan.
33. Pembedahan Otak.
Telah menjalani pembedahan otak di bawah penggunaan anaestesiaam dan kruniotomi telah dilaksanakan semasa pembedahan tersebut dilakukan. Bur Hole & pembedahan otak akibat kemalangan adalah terkecuali.
34. Sindrom ‘APPALIC’.
Nekrosis kortex otak menyeluruh yang tidak menjejaskan pangkal otak. Diagnosis mesti disahkan oleh seorang pakar neurology dan keadaan pesakit mesti didokumentasikan selama sekurang-kurangnya satu (1)bulan.
35. Kecederaan Kepala Utama.
Kecederaan fizikal di kepala yang menyebabkan fungsi yang ketara secara kekal selama tempoh minimum tiga (3) bulan dari tarikh truma atau kecederaan. Hasil kepincangan berfungsi kekal ini hendaklah disahkan oleh seorang pakar neurology dan dipersetujui oleh Pegawai Perubatan Syarikat serta menyebabkan hilang keupayaan melakukan sekurang-kurangnya tiga (3) Aktiviti Harian Kehidupan yang berikut, sama ada dengan atau tanpa menggunakan peralatan mekanikal, peranti khas atau lain-lain bantuan dan penyesuaian yang digunakan untuk orang hilang upaya.
Untuk tujuan pembayaran manfaat ini, perkataan “kekal” ditakrifkan sebagai tiada harapan untuk sembuh dengan menggunakan pengetahuan dan teknologi perubatan semasa.
Aktiviti Harian Kehidupan yang dimaksudkan adalah :-
i. Pengalihan Berkeupayaan untuk bangun dan duduk dari kerusi tanpa memerlukan bantuan fizikal.
ii. Pergerakan Berkeupayaan bergerak dari bilik ke bilik tanpa memerlukan sebarang bantuan fizikal.
iii. Buang Air / Penggunaan Tandas Berkeupayaan untuk mengawal fungsi system pembuangan air besar dan kecil secara semulajadi untuk menjaga kebersihan diri.
iv. Berpakaian Berkeupayaan untuk memakai atau menanggalkan pakaian yang perlu tanpa memerlukan bantuan orang lain.
v. Mandi / Membasuh Berkeupayaan untuk mandi atau membersihkan diri (termasuklah kemampuan masuk dan keluar untuk mandi) dan membersihkan diri dengan cara-cara lain.
vi. Makan Semua usaha untuk memasukkan makanan yang telah di sediakan ke dalam tubuh badan.
36. Kehilangan Anggota Badan.
Putusnya secara fizikal kedua-dua anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki, yang menyeluruh dan tidak dapat dipulihkan, atau satu anggota badan pada atau atas pergelangan tangan atau pergelangan kaki akibat kecederaan.
Pelan Takafulink

Takafulink merupakan pelan Takaful berkaitan Pelaburan (Investment-linked Takaful) yang menawarkan perlindungan komprehensif di samping membenarkan peserta membuat simpanan.
Ia di reka khas bagi memenuhi keperluan individu di setiap peringkat umur samada daripada bayi yang baru lahir hinggalah kepada warga emas.
Berikut adalah senarai manfaat yang terdapat di dalam Pelan Takafulink berserta dengan penerangan ringkas :
1- Kematian
- Sekiranya berlaku kematian, pampasan akan diberikan sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
- Bayaran khairat kematian sebanyak RM 2,000.
- Sebab kematian terdiri kematian biasa atau kemalangan.
2- Lumpuh Kekal Keseluruhan
- Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan diberikan sekali gus.
- Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
- Pemegang polisi akan mendapat elaun tahunan (rujuk Elaun Lumpuh)
3- Crisis Shield (Pampasan 36 Jenis Penyakit Kritikal)
- Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Jenis penyakit, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
- Kos rawatan akan ditanggung oleh kad perubatan ( rujuk manfaat medical card)
- Selepas didapati mengidap salah satu daripada penyakit kritikal ini, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih terdahulu.
- Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
- Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
- Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.
4- Crisis Cover Income (Elaun Pendapatan tahunan apabila mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal)
- Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya peserta mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal.
- Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.
5- Kemalangan (Kematian atau Lumpuh Kekal Keseluruhan)
- Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Bayaran ini adalah tambahan kepada bayaran (Kematian/Lumpuh Kekal Keseluruhan *Manfaat No 1 dan No 2).
- Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaik kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
- Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan (%)
- Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan jadi 100% semula. Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan untuk manfaat No.4 boleh dituntut untuk tahun itu.
6- Accident Medical Reimbursement (Bayaran Balik Kos Perubatan akibat kemalangan)
- Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah yang dilindungi dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku.
- Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.
7- Weekly Indemnity (Pampasan Mingguan)
- Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'.
- Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
- 1 Unit manfaat akan membayar RM 100 seminggu bagi TTD dan RM 50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).
8- Kad Perubatan (Medical Card)
- Menyediakan dana untuk rawatan perubatan Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN Takaful seluruh Malaysia.
- Boleh digunakan di dalam dan luar negara.
- Manfaat yang ditawarkan adalah seperti berikut (medical coverage table)
- Jaminan pembaharuan dan dijamin dan tiada port-folio akan dibatalkan.
9- Medical Cover
- Manfaat ini mempunyai 3 gabungan manfaat iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
- Elaun Hospital (rujuk Manfaat no-10)
- Elaun ICU - Membayar elaun harian selama berada dalam wad ICU
- Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan (Severity Level)
- Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
- 1 Unit mewakili : RM 50 sehari (Elaun Hospital), RM 100 sehari (Elaun ICU) & RM 2,500 setiap procedure (Elaun Bedah)
- Elaun Bedah akan diberikan bergantung kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :
Level 1 : RM 125
Level 2 : RM 250
Level 3 : RM 500
Level 4 : RM 750
Level 5 : RM 1,250
Level 6 : RM 1,875
Level 7 : RM 2,500
- Elaun Bedah-Maksima RM12,500 setahun
10- Elaun Hospital (Hospital Benefit)
- Manfaat ini akan diberikan mengikut jumlah hari peserta tinggal di dalam wad.
- Hospital Benefit diwakilkan dengan Unit. 1 Unit bersamaan RM 50 sehari. Contoh, 8 unit = 8 x RM50 = 400 sehari.
- Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
- Sekiranya anda memasukkan Manfaat Medical Cover dalam polisi anda, i.e Manfaat No 9, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Manfaat Hospital 5 Unit, Manfaat Medical Cover 3 Unit i.e jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut tidak melebihi 8 unit.
- Tidak tertakluk kepada hospital swasta sahaja, sekiranya anda masuk hospital kerajaan sekali pun, Elaun Hospital akan dibayar. Sekiranya bil hospital swasta telah ditanggung oleh syarikat anda, Elaun Hospital ini juga boleh kita tuntut (claim) tanpa memerlukan resit. Elaun hospital akan diberikan kepada peserta selepas keluar dari hospital. Biasanya dalam masa 14 hari bekerja.
- Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
- Hospital - swasta atau kerajaan
11- Elaun Lumpuh (Disability Provider)
- Pampasan ini akan diberikan kepada klien apabila klien didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
- Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.
12- Khairat Kematian
- Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah. Pampasan ini boleh dituntut sebaik sahaja klien meninggal dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.
13- Premium Percuma (Contributor Benefit)
- Manfaat ini akan menyambung simpanan klien secara automatik sekiranya peserta disahkan mengidap salah satu daripada 36 jenis penyakit kritikal. Sila rujuk senarai penyakit kritikal.
- Manfaat lain yang berkaitan adalah : Parent Contributor, Spouse Contributor, Takaful Saver Contributor, Takaful Saver Parent Contributor
14- Pulangan Pelaburan
- Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa dan untuk tujuan apa sekali pun dengan syarat meninggalkan baki nilai tunai sebanyak RM4,000.
- Anggaran pulangan pelaburan 9% hingga 11% setahun (bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang anda pilih).
- Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.
Perlindungan Takafulink
Penerangan tentang pelindungan ( raider )
Sum Covered ( Khairat kematian )
- Sekiranya berlaku kematian, khairat kematian akan dibayar sekali gus bersama jumlah simpanan yang ada pada tahun itu.
- Jumlah asas khairat mesti ada di dalam setiap polisi.
- Sebab kematian terdiri dari kematian biasa atau kemalangan.
- Jumlah khairat yang dibayar adalah berdasarkan apa yang dipilih oleh peserta semasa membuat quotation dan membeli polisi.
Total Permanent Disability ( Hilang upaya kekal )
- Sekiranya pemegang polisi lumpuh kekal keseluruhan disebabkan oleh penyakit dan berlaku sebelum umur 60 tahun, pampasan akan dibayar sekali gus.
- Manfaat-manfaat lain akan kekal seperti biasa.
- Pemegang polisi akan mendapat Elaun Tahunan sekiranya disertakan bersama di dalam polisi (rujuk Disability Provider di bawah)
Crisis Shield ( Kena penyakit Kritikal )
- Sekiranya pemegang polisi mengidap salah satu dari 36 Penyakit Kritikal, pemegang polisi akan diberikan pampasan sekali gus.
- Jumlah pampasan yang dibayar akan ditolak dari jumlah Sum Covered di atas.
- Kos rawatan akan ditanggung oleh medical card.
- Sekiranya berlaku kematian, pampasan ini tidak akan dibayar bersama Sum Covered di atas.
- Selepas didapati menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, semua caruman akan datang akan ditanggung oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi mencapai 80 tahun atau meninggal dunia, atau yang mana lebih terdahulu. Untuk mendapat manfaat ini, perlu disertakan bersama manfaat Contributor Benefit di dalam satu polisi tersebut.
- Wang pelaburan anda akan bertambah secara automatik tanpa anda perlu mencarum lagi
- Wang pelaburan itu juga boleh dikeluarkan dan nilai pampasan tersebut di atas tidak ditolak daripada wang pelaburan.
- Anda tidak perlu membayar apa-apa caruman dan layak untuk menikmati semua manfaat yang masih ada.
- Jumlah pampasan yang dibayar adalah berdasarkan quotation yang disediakan
Compassionate Benefit ( Peruntukan Pengkebumian )
- Bayaran RM 2,000 untuk khairat kematian bagi tujuan menanggung kos pengebumian jenazah.
- Pampasan ini boleh dituntut oleh waris sebaik sahaja pemegang polisi meninggal dunia dengan mengemukakan bukti kematian seperti permit pengebumian, surat kematian atau keratan akhbar mengenai berita kematian tersebut.
Crisis Cover Plus ( kena penyakit kritikal – plus )
- Manfaat ini akan membayar pampasan untuk salah satu dari 36 Penyakit Kritikal, sama seperti manfaat Crisis Shield di atas.
- Pampasan yang dibayar tidak ditolak dari manfaat Sum Covered di atas, berbeza dari manfaat Crisis Shield di atas.
- Sekiranya berlaku kematian, pampasan ini akan dibayar bersama pampasan Sum Covered di atas.
Crisis Cover Income ( Pendapatan tetap )
- Manfaat ini akan membayar pampasan bagi menggantikan pendapatan kita sekiranya peserta mengidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal.
- Jumlah pampasan akan dibayar setahun sekali sehingga umur 80 tahun atau meninggal dunia, yang mana lebih dahulu.
- Jumlah pampasan yang dibayar adalah berdasarkan quotation yang disediakan.
Accidental Death & Disablement ( Kematian & hilang upaya akibat Kemalangan )
- Manfaat ini akan membayar pampasan kematian atau lumpuh kekal keseluruhan akibat kemalangan. Pampasan ini akan dibayar bersama jumlah Sum Covered di atas.
- Sekiranya pemegang polisi meninggal dunia disebabkan kemalangan di tempat awam, atau semasa menaiki kenderaan awam yang bergerak di atas jalan raya atau landasan (PLV-Public Landed Vehicle) yang mempunyai jadual perjalanan dan laluan yang tetap, pampasan akan digandakan sebanyak 2 kali (Double Indemnity)
- Sekiranya pemegang policy mengalami kecacatan kekal atau kehilangan anggota, pampasan akan diberikan mengikut peratusan.
- Jumlah manfaat adalah jenis diperbaharui (renewal benefit) – Contoh, katakan anda sudah membuat tuntuan ADD benefit ini pada tahun semasa 100%, untuk polisi tahun berikutnya, jumlah manfaat akan menjadi 100% semula.
- Sekiranya pada tahun yang semasa anda telah membuat tuntutan 100% untuk manfaat kemalangan, dan malang tak berbau, anda sekali lagi ditimpa kemalangan pada tahun yang sama, tiada pampasan yang boleh dituntut untuk tahun itu.
Accidental Medical Reimbursement ( Peruntukan akibat kemalangan )
- Membayar balik semua kos perubatan akibat kemalangan berdasarkan jumlah bil yang telah dibayar dalam masa 104 minggu dari tempoh kemalangan berlaku.
- Pampasan yang dibayar adalah berdasarkan had bagi setiap kes dan BUKAN had bagi setiap tahun.
- Jumlah yang dibayar adalah berasingan dan TIDAK melibatkan nilai dari medical card anda.
- Jumlah pampasan yang boleh diambil adalah RM2,000 minimum dan RM10,000 maksimum di dalam satu polisi.
- Manfaat ini juga boleh digunakan untuk menampung kos ko-takaful yang dikenakan pada manfaat Medical Card untuk rawatan akibat kemalangan.
Weekly Indemnity ( Pampasan MC akibat kemalangan )
- Manfaat ini akan membayar pampasan mingguan disebabkan keilatan sementara (Temporary Disable) akibat kemalangan atau dengan kata lain 'Elaun Cuti Sakit akibat kemalangan'.
- Manfaat ini diwakili dengan nilai unit. Terdapat 2 bahagian Keilatan Sementara ( Temporary Total Disable @ TTD dan Temporary Partial Disable @ TPD)
- 1 Unit manfaat akan membayar RM100 seminggu bagi TTD dan RM50 bagi TPD. Penetapan sama ada TTD atau TPD akan ditentukan melalui laporan doktor berkenaan dengan Proses Penyembuhan (Healing Progress).
- Jumlah unit yang boleh diambil adalah sehingga 14 unit berdasarkan Kelas Pekerjaan.
- Untuk Kelas Pekerjaan 1 dan 2, unit yang boleh diambil adalah maksimum 14 unit manakala untuk Kelas Pekerjaan 3 dan 4, unit yang boleh diambil adalah maksimum 7 unit.
Disability Provider ( Pampasan hilang upaya )
- Pampasan ini akan diberikan kepada pemegang polisi apabila didapati Lumpuh Kekal Keseluruhan (Total Permanent Disable) sama ada akibat penyakit atau kemalangan.
- Pampasan akan diberikan setahun sekali sehingga umur 60 tahun.
- Jumlah pampasan adalah berdasarkan quotation yang disediakan.
Hospital Benefit ( Elaun harian masuk hospital )
- Manfaat ini akan dibayar mengikut jumlah hari peserta tinggal di dalam wad.
- Hospital Benefit dikira berdasarkan Unit. 1 Unit bersamaan RM50 sehari. Contoh, 8 unit x RM50 = RM400 sehari.
- Maksimum unit adalah 8 untuk satu polisi.
- Sekiranya anda memasukkan manfaat Medical Cover dalam polisi anda, jumlah maksimum unit untuk Hospital Benefit & Medical Cover adalah 8 unit. Sebagai contoh, Hospital Benefit 5 Unit dan Medical Cover 3 Unit. Jumlah kedua-dua unit manfaat tersebut mestilah tidak melebihi 8 unit.
- Manfaat dibayar untuk kemasukan sama ada ke hospital swasta atau hospital kerajaan. Sekiranya bil hospital telah ditanggung oleh pihak syarikat tempat anda bekerja, Hospital Benefit ini masih boleh dituntut (claim) tanpa memerlukan resit. Hospital Benefit akan dibayar kepada peserta selepas keluar dari hospital.
- Jumlah yang dibayar tidak akan ditolak daripada mana-mana manfaat lain. Maksimum claim setahun adalah 100 hari dan minimum perlu berada di dalam wad adalah 6 jam.
Medical Cover ( Elaun tambahan )
- Manfaat ini menggabungkan 3 Elaun di dalam satu rider iaitu Elaun Hospital (Hospital Benefit), Elaun ICU dan Elaun Bedah.
- Elaun Hospital (rujuk Hospital Benefit di atas)
- Elaun ICU - Membayar Elaun Harian selama berada dalam wad ICU. Elaun Harian untuk kemasukan ke ICU akan dibayar sekali ganda.
- Elaun Bedah (Surgical Procedure Benefit) - Membayar pampasan pembedahan bergantung kepada kadar keseriusan pembedahan tersebut (Severity Level)
- Manfaat ini dibayar berdasarkan unit yang diambil.
- Setiap quotation yang dibuat akan ditunjukkan dalam bentuk unit. 1 Unit mewakili RM50 sehari (Elaun Hospital), RM100 sehari (Elaun ICU) & RM2,500 maksimum bagi setiap procedure pembedahan (Elaun Bedah)
- Elaun Bedah akan dibayar berdasarkan kepada kadar keseriusan (severity level) seperti berikut :
Level 1 : RM125
Level 2 : RM250
Level 3 : RM500
Level 4 : RM750
Level 5 : RM1,250
Level 6 : RM1,875
Level 7 : RM2,500
- Contoh di atas adalah berdasarkan 1 unit. Jumlah unit maksimum yang boleh diambil ialah 8 unit. Sekiranya dimasukkan bersama Hospital Benefit, jumlah keseluruhannya mestilah 8 unit seperti penerangan di Hospital Benefit di atas.
- Elaun Bedah maksimum adalah sehingga RM12,500 bagi setiap procedure pembedahan dengan 8 unit yang diambil.
Takaful Health ( Nama Pelan Medical Card)
- Menyediakan dana untuk rawatan perubatan sehingga nilai RM1.5 juta.
- Bayaran terus ke Hospital Panel PruBSN seluruh Malaysia. Anda tidak perlu menggunakan duit sendiri dulu untuk menanggung kos-kos perubatan anda.
Takaful Puteri ( Pelan tambahan untuk wanita )
- Sebagai rider tambahan untuk pelan Takafulink.
- Sesuai untuk kaum wanita muda yang merancang untuk mendirikan rumahtangga atau melahirkan anak.
- Terdiri dari dua pelan
- Takaful Puteri
- Takaful Puteri Plus
Takaful Cerdik ( Pelan Medical Card untuk kanak2 )
- Manfaat yang sama seperti di Takafulink dengan sedikit perbezaan.
- IBU atau BAPA hanya boleh ambil untuk anak-anak yang berumur di bawah 18 tahun sahaja.
- Untuk manfaat Weekly Indemnity dan Crisis Cover Income tidak boleh dimasukkan.
- Perlindungan hanya sehingga umur anak 25 tahun sahaja.
Takaful Saver ( Simapan tambahan - pure saving )
- Takaful Saver adalah satu rider tambahan untuk membolehkan peserta menambah sumbangan tetap bagi tujuan pelaburan, yang mana sumbangan akan digunakan untuk membeli unit-unit amanah.
- 95% dari caruman di Takaful Saver akan digunakan untuk membeli unit-unit amanah berkualiti tinggi.
Contributor Benefit ( Auto Saving )
- Manfaat ini akan menyambung simpanan pemegang polisi secara automatik sekiranya peserta disahkan menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal. Atau dengan maksud lain, caruman peserta akan diganti bayar semula oleh PruBSN. Peserta tidak lagi perlu membayar.
- Jumlah manfaat yang akan dibayar adalah berdasarkan jumlah caruman tahunan peserta. (Jumlah bulanan didarabkan dengan 12 bulan)
- Manfaat lain yang berkaitan adalah :
Parent Contributor ( Auto Saving )
- Sekiranya IBU atau BAPA sebagai Parent peserta meninggal dunia sebelum mencapai usia 60 tahun atau disahkan mengidap salah satu dari 36 penyakit kritikal, manfaat ini akan membantu peserta membayar sumbangan kepada pelan Takaful untuk caruman seterusnya.
- Bayaran manfaat tahunan akan dihentikan apabila peserta meninggal dunia atau mencapai usia 25 tahun. Manfaat ini hanya boleh diambil oleh Parent untuk anak-anak di bawah umur 18 tahun sahaja.
Spouse Contributor ( Auto Saving )
- Membayar sumbangan tetap Takaful untuk caruman seterusnya sekiranya pasangan pemegang polisi menghidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal atau meninggal dunia. Caruman akan digantikan oleh PruBSN sehingga umur pemegang polisi 80 tahun.
Takaful Saver Contributor ( Auto Saving )
- Membayar sumbangan tetap Takaful Saver sekiranya peserta menghidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal.
Takaful Saver Parent Contributor ( Auto Saving )
- Membayar sumbangan tetap Takaful Saver sekiranya IBU atau BAPA sebagai Parent menghidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal atau meninggal dunia.
Takaful Saver Spouse Contributor ( Auto Saving )
- Membayar sumbangan tetap Takaful Saver untuk caruman seterusnya sekiranya pasangan pemegang polisi menghidap salah satu daripada 36 Penyakit Kritikal atau meninggal dunia.
PS : Semua raider di atas terpulang kepada peserta. Peserta boleh memilih
raider mana yang mereka mahu ikut kemampuan kewangan sendiri.
Sila dapatkan panduan daripada agen anda….
Pulangan Pelaburan
- Tiada tempoh matang untuk mengeluarkan wang anda. Wang pelaburan boleh dikeluarkan pada bila-bila masa walau atas apa tujuan apa sekali pun dengan syarat meninggalkan baki nilai tunai sebanyak RM4,000.
- Anggaran pulangan pelaburan 2% hingga 9% setahun. Anggaran peratus tersebut adalah syarat dari BNM yang boleh ditunjukkan di dalam ilustrasi quotation. Walau bagaimana pun ianya bergantung kepada prestasi pasaran dan dana yang dipilih.
- Sekiranya anda ingin mendapatkan pulangan yang lebih tinggi, anda boleh menambah caruman tambahan dalam Takaful Saver.
Pelepasan Cukai
- Melayakkan anda menerima pelepasan cukai insurans hayat bersama EPF sehingga RM6,000.
- Bagi Takaful Cerdik, ianya melayakkan anda menerima pelepasan cukai pendidikan sehinnga RM3,000.
